WANITA
:- AKAL SETIPIS RAMBUTNYA
Oleh:
M. Zamroni, M.H.I
Jangankan
lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa
mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih
mencari walau ada segalanya.
Apa
yang tiada dalam syurga?
Namun
adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan
wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk
diluruskan oleh lelaki.
Tetapi
seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana
mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah
wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana
mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah
mereka dengan panduan darinya.
Jangan
coba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah
hibur mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan
mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah puncak kekuatan dunia.
Akal
setipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati
serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan
selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah
ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka
akan melihat nilai dan keadilan Rab...
Bisikkan
ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia
bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...
Wanita
yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti
tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa
iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan
akan semakin membengkok...
Itulah
hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...
Bila
wanita menjadi durhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki
pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi
binalah kepemimpinan...
Pastikan
sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan
diri kepada Allah...
Niscaya
akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah
mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya
dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah
Wallahua'lam..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar